Aku terbaca artikel ni utusan malaysia online (10-2-2010). Perkara ini betul mendapat perhatian aku
Nasib si bankrap bagai ‘jatuh ditimpa tangga’
SELAKU rakyat Malaysia yang setia namun hidup dalam serba kekurangan, saya ingin meluahkan rasa kesal dan sedih dengan tindakan kerajaan menerusi Jabatan Insolvensi yang seolah-olah menekan kehidupan rakyat menerusi undang-undang berkaitan kebankrapan.
Saya berharap tindakan kerajaan menjalankan undang-undang menerusi Jabatan Insolvensi (atas arahan mahkamah) terhadap si bankrap haruslah bersifat membantu, bukannya menekan serta menambah seksa kepada si bankrap tersebut. Sudahlah hidup susah kerana tidak dapat membayar hutang, diisytihar bankrap pula oleh mahkamah.
Selepas itu pihak Jabatan Insolvensi pula membuat pelbagai jenis sekatan dengan menghantar surat-surat kepada semua pihak yang berkaitan dengan kehidupan si bankrap. Contohnya bank, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Majlis Bandaran, Imigresen dan banyak lagi institusi-institusi yang mempunyai urusan harian dengan pihak si bankrap. Akibatnya pelbagai sekatan dikenakan terhadap si bankrap tersebut yang menambahkan lagi kesusahan dialami.
Sebaik sahaja diisytihar sebagai bankrap baru-baru ini, segala urusan dengan sebilangan besar institusi kerajaan mahu pun swasta turut disenarai hitamkan. Saya bukan hendak mempertikaikan keputusan kerajaan hendak membantu si pemiutang.
Tetapi sekurang-kurangnya janganlah terlalu menekan si bankrap dengan tujuan hendak mengumpul dana untuk membayar hutang si bankrap sehingga mengabaikan soal kehidupan si bankrap, sama ada boleh terus hidup atau boleh ‘membunuh’ terus kehidupan si bankrap itu dalam usaha hendak menyelesaikan hutang.
Saya amat berharap agar pihak kerajaan dapat meneliti semula serta mengkaji undang-undang berkaitan kebankrapan dengan satu tujuan iaitu untuk membantu kedua-dua belah pihak, sama ada si bankrap mahu pun pihak pemiutang. Janganlah melibatkan pihak JPJ sekiranya kereta yang dimiliki oleh si bankrap telah habis bayarannya. Ini kerana si bankrap memerlukan kereta itu untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan.
Sudahlah semua akaun bank dibekukan, kereta pula tidak dapat diperbaharui cukai jalan kerana disekat oleh JPJ. Jika hendak menukar nama, haruslah membayar nilai kereta tersebut kepada pihak Jabatan Insolvensi. Bukankah ini menganiayai si bankrap namanya? Kita sudah sedia maklum, bila diisytihar bankrap, sudah pasti si bankrap tidak mempunyai wang untuk membayar hutang.
Bila diarah supaya menjual apa saja harta yang ada untuk membayar hutang; membekukan segala aset atau wang yang ada dengan tujuan untuk mengumpul dana bagi menyelesaikan hutang si bankrap; dihalang keluar negara untuk mencari rezeki; apa harta yang ada harus diserahkan kepada Jabatan Insolvensi untuk dinilai sekiranya tidak sempat menukar nama akaun kepada nama lain, sudah pasti semua wang yang telah disimpan akan menjadi milik si pemiutang yang akan dibayar oleh Jabatan Insolvensi.
Setelah semua yang dimiliki oleh si bankrap digunakan untuk menyelesaikan hutang, barulah hendak difikirkan bab kehidupan si bankrap tadi. Itu pun setelah semuanya selesai. Apa lagi yang tinggal untuk si bankrap meneruskan kehidupan setelah semuanya diambil? Kenapa Jabatan Insolvensi sengaja memainkan peranan yang lebih dahsyat daripada ah long untuk memastikan si bankrap tersiksa setelah diisytihar bankrap oleh mahkamah?
Saya dengan rendah hati ingin merayu dan memohon agar kerajaan mencari jalan untuk membantu dan bukannya menambah tekanan hidup kepada si bankrap. Di bawah naungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, besar harapan saya agar diolah satu cara yang bukan saja dapat membantu si pemiutang, malah turut dapat membantu si bankrap agar dapat terus hidup. Pada masa yang sama, dapat menyelesaikan masalah berkaitan bankrap tersebut. Ini kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.
Aku ader nk download benda kt 4shared.com. Dan aku tak kisah pon nak tunggu counter 10 seconds utk download benda... dah benda free, nk cepat bayar la kan?
Tapi 2,3 hari lepas, aku nk download asyik hang jer kt page counter tu... counter dia tak turun. Ataupon bila kita klik "Download" button, dia stuck kt situ jer...
Aku pon menggunakan teknik yg dipanggil "Baca Source laaa.. apa lagik, takkan nk baca paper plak!"... hehehe kui kui kui...
Problem yang pertama, klik link nak download tapi page yang display Download button tak nampak mcm di bawah....so, apa nak buat?
1. First kita kena gantikan perkataan "file" dgn "get". Try ubah address laman web cthnya.. www.4shared.com/file/1234/blablabla dgn www.4shared.com/get/1234/blablabla
2. Tekan enter. Dan anda akan dibawa ke page seperti di bawah
3. Okay sampai ja kat page nih, korang tunggu la 10 saat... 10 saat jer bukan lama sgt pon.
4. Tapi apa nak buat kalau counter tu tak jalan2... mungkin sbb connection slow dan javascript dia tak load properly...apa mau buat???
5. Tutup jer la browser tuh :P
6. Bukak balik page download tapi counter tak jalan gak, korang bleh buat benda nih...:
7. Klik View -> Source -> (Klik kat 'CTRL' serentak dengan key 'F'). Akan kluar satu popup. masukkan nama file yang ingin dicari.. cthnya .mp3

8. Klik sampai jumpa "http://dc**.4shared.com/******", copy link address tersebut, buang tanda ' di hujung kiri kanan address sekiranya ada. kemudian paste kan di browser anda.. anda akan dpt download file yang dikehendaki
:)
p/s:sebenarnya step 5 - tutup browser tu bleh skip jer... hehehe sori2 yer gurau2 skit
Salam,
Hari ni dekat tgh malam baru aku sempat baca news kat internet...
Kalau di Malaysia, sekarang ni program realiti mmg banyak...dan aku tak tau mana diorang nk letak bakat2 yg mereka cungkil2 ni... sebab terlalu banyak..
Bila permintaan terlalu banyak, dan market pula dok besar tu jer, produk2 tu pula pasti akan kelihatan biasa2 sahaja....
Tapi sedang aku baca2 berita di internet, ada satu artikel yang menarik iaitu dilaporkan dari TheRegister.co.uk, pihak berkuasa Britain akan mengadakan pertandingan baru iaitu 'Hack Idol'... pertandingan bakal mencungkil bakat terpendam seorang hacker... yup ini bukan black hacker tapi white hacker...
Manakala hadiah nya pula bukanlah kereta mewah ataupon wang yang lumayan tetapi merupakan sesuatu yg lebih iaitu peluang untuk belajar dari mentor2 terkenal dan jugak belajar di SANS Institute.
Huh.. memang gempak. Sudah tentu sekiranya pengundian melalui web ataupon SMS, ia merupakan satu tindakan yg agak kurang bijak....
Bila la Malaysia nk buat benda2 yang berfaedah macam nih... (jangan takut sekiranya orang jadi semakin bijak, kerana ilmu itu adalah sesuatu yang tanpa sempadan)
I wonder what if the hacker is smart, intelligent, patient and handsome guys or hot girls ;)
and I'm looking that guy in my mirror... hahahaha XD
Beberapa dekad yg lepas (sewaktu aku mula2 tau pakai internet), Yahoo! merupakan search engine pilihan (selain MSN dan time tu aku tak tau pon apa tu search engine). Ini kerana beli2 jer pc time tu kedai dah setting Yahoo! sebagai default page bila kita bukak internet explorer.
Time tu nampak Yahoo! portal best gila... tapi lama-kelamaan setelah di pertemukan dengan Google, aku mula lebih menggemari Google kerana carian nya lebih tepat (time tu aku dengan study) dan page nya lebih simple; cepat utk load
Time tu jugak, Google dah ada image search.. fuh lagi seronokla aku pakai Google
So, lama-kelamaan aku mula malas nak pakai bukak Yahoo! Lagipon berita dalam Yahoo! tak localised, banyak berita US jer..
Yahoo! banyak jugak application yang diorang (antara yg popular adalah Yahoo! Messanger) buat tapi compare to Google.. aku tak tau sangat application2 Yahoo!. Tapi kalau product Google memang terbukti berkualiti dan berguna serta inovatif, lihat saja Google Maps; mantap gila teknology diorang pakai.
Tapi pagi tadi, tgh aku surf2; aku terbaca news ni - Yahoo! invest $100m on advertisement. So, aku pon tergerak la hati nak bukak age Yahoo!. Apa sangat yang diorang nak advertise sampai $100m tu... huhuhu
Berikut merupakan main page Yahoo! portal. Portal Yahoo! yang baru ni aku suka. Kelihatan bersih dan laju ;)
Kalau korang nampak, ada link diatas sebelah kiri "Yahoo! Malaysia". First time aku ingat aku dah dilocalised ke Yahoo! Malaysia, rupa2 nya kita kena klik dulu... baru dia akan transfer ke Yahoo! Malaysia.
Berikut merupakan portal Yahoo! Malaysia
Bagi aku, page Yahoo! Malaysia ni cantik tapi compare dengan Yahoo! default portal, aku tak berapa berkenan dengan Yahoo! Malaysia.
Untuk penambahbaikkan, aku rasa bila user taip jer www.yahoo.com -> dia akan redirect ke page malaysia.yahoo.com pastu page layout design plak sama macam yahoo default layout... baru seronok skit nak browse (berita2 dalam Yahoo! Malaysia dah best tapi nk kena klik2 tu yg tak best, pastu layout tak standardize plak)
Next post aku akan citer skit apa yg aku suka di portal Yahoo! dan Yahoo! Malaysia ;)
Internet merupakan sesuatu yang diperlukan oleh hampir semua individu.
Tetapi, pasti kita selalu menghadapi kesukaran mengakses internet seperti slow ataupon lost connection. Haih..~~~~~
Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan pada pengguna. Tetapi sebagai pengguna kita haruslah bijak memilih.Sebab banyak kawan aku yg tersilap pilih...
Secara umumnya broadband boleh la dikategorikan sebagai 2 kelompok yang besar wired ataupon wireless broadband.
Bagi kebanyakan pengguna tegar internet, wired broadband merupakan pilihan yg paling digemari. Tetapi trend hari ini semakin berubah apabila pengguna internet mula memilih faktor mobiliti sebagai asas utama; senang nak lepak2 sambil kongsi dengan kawan2 di kafe - mungkin juga pengguna2 wired broadband tambah satu lagi account ;)
Nak dijadikan cerita, beberapa minggu lepas aku ternampak la iklan Digi plak buat broadband. Nampak macam best jer... berikut merupakan pakej2 yg ditawarkan (on 28/9/2009):
* Discover
* Explore
* Extreme
Gambar diatas merupakan satu ilustrasi Digi Broadband. Ia melambangkan seekor kura-kura (slow - current broadband) riding on new pimped broadband (Digi Broadband) around the world with high speed (melambangkan surfing internet tanpa sempadan)
Kalau diberi pilihan, mestilah aku nak try pakej Extreme... nak access fb, nak chat dgn kwn2, nak buat keje (ini yang paling penting!) di mana-mana saja; semua kena pakai internet :) dan aku dikategorikan sebagai pengguna tegar internet ... muahahahaha XD
So Digi, pimp my broadband!!!
Boxer diatas bukanlah bermaksud seluar boxer
Cuba lihat video dibawah ni... terliur siooottt...
Nanti free aku buat citer pasal imprezzzzaaaaa plak...
Sekali dengar, aku macam tak berapa nak setuju sangat... yerlah ekonomi kecoh tak berapa baik... ramai yang tak dapat bonus atau kenaikan gaji akibat kemelesetan ekonomi, minyak 97 pon dah naik harga... aku risau orang ramai akan makin tak puas hati jerr...
Tapi jika dilihat dari sudut lain, idea ni nampak macam menarik... yerla... bukan senang nak beli pasukan F1 yang tengah naik...
Perkara ini akan membantu kita dalam tempoh jangka masa panjang sekiranya segala tenaga tempatan di developed menggunakan peluang yang ada... jangan la buat pasukan malaysia, tapi bagi peluang kt orang luar banyak sgt... tak best lorrr...
Dengan gabungan antara Lotus dan Proton + dana dari company2 yang top dari Malaysia, perkara ini sudah pasti tidak memberi kesan sgt kpd kerajaan... kerana yang bawak kluar duit ni adalah compony yang tgh kencang dengan bisness... jadi soal kerajaan rugi tu x der la kot. Malah ia mungkin memberi kesan baik kpd ekonomi negara...
Berikut merupakan details yang diamik dari F1 official website
Nama syarikat: 1Malaysia F1 Team Sdn Bhd
Nama pasukan: Lotus F1 Team
Negara: Malaysia
Team Principal: Tony Fernandes
Nak lebih detail lagi, korang baca lah link di sini
dan juga di sini
So, soal rugi ker tidak kerajaan itu tak timbul, ini adalah kerana ia ditaja oleh syarikat yang ingin menaikkan brand diorang... ikut suka diorang lah kan
Apa2 pon.. keta mesti best, pit stop krew mesti power, driver pon mesti cekap, team pon mesti gempak.. baru la bleh menang
p/s: aku tgh tunggu Proton F1 edition... mau campro + turbo TD06 .. ngeh ngeh ngeh